About Me

My photo
Happiness DreamCity, Malaysia
Live ur life.. Not for others, but for ur own-precious-self..

Saturday, April 28, 2012

Sakit Lagi Hati Yang Merasa...



Aku telah lelah mengikuti
Semua langkah kakimu
Dan mengharap bisa memiliki

Berbagai cara telah aku lakukan
Untuk hidupmu
Hingga aku mengorbankan hidupku

Buka hatimu
Bukalah sedikit untukku
Sehingga diriku
Bisa memilikimu

Betapa sakitnya
Betepa perihnya hatiku
Selalu dirimu tak menganggap ku ada..


Aku yang rasa pedih kat hati ini.. Aku cuba nak lupakan dia, even it will hurt me a lot... So, please friend, support me.. Nothing to do with ur sarcastic 'advice' or whatsoeva... Aku yang sakit, kamu cume melihat.. Jangan senang2 nilai aku andai kau tak tau betapa peritnya aku terpaksa berpura2 seperti ini....

Friday, April 27, 2012

Otak dan Hati bicara...

Ku akan menjaga mu
Di bangun dan tidur mu
Di semua mimpi dan nyata mu

Ku akan menjaga mu
Tuk hidup dan mati ku
Tak ingin.. tak ingin kau rapuh..

OTAK kata : Susah betul la mamat yang sorang ni.. Kenapa la dengan dia ni?? Or susah betul la dengan minah sorang ni.. Bodoh ke kejar mamat yang buta hati, buta cinta 2?? Tak penat ke kau di'sampah'kan dia?? Aiyoooooo.. APTB

HATI kata : Apa yang mampu aku buat? Cinta ini buta.. Kalau bunuh hati ini sekali pon tak tentu lagi kan dapat membunuh cinta ini.. Apa yang dia nak buat, apa yang boleh aku buat? Bukan aku yang kawal dia.. Dan cinta dia tak boleh dipaksa2..

OTAK kata : Kau cari je la lelaki lain.. Kau pon ramai je kawan lelaki.. Bukan takde langsung.. Buang je unnecessary feeling yang wujud tu..

HATI kata : Its not really easy to do is when LOVE come.. Cinta macam tatu dalam hati.. Nak buat pun sakit, tapi bila nak buang still sakit PLUS bekas/kesan dia bukan nya hilang pun...

OTAK kata : Da tu, dulu kenapa kau gatal sangat pi usha dia? Kau dah taw risiko dia macam ni... Banyak kali aku da pesan kat kau, kau cermin diri kau dulu sapa, dia tu sapa.. Sekarang menjawab je!

HATI kata : We'll never know until we go thru it.. Yeah, i know U already give me that 'warning' signal.. Still, i try my hardest to be inside his heart.. Even i don't success to even knock it, still i hope 1 day he will remember me...

OTAK kata : Remember u as what??? 4 what???

HATI kata : As.. A piece of broken heart that try to fix his.. Even mine bleeding a lot, still cant stay to see his bleeding.. As a piece of broken heart that madly want to see his smile, even i have to hide mine.. As a piece of heart that can smile in tears for his happiness.. As a piece of broken heart that willing to do anything juz for him.. A piece of broken heart that hurt a lot becoz of love, but still want to show him what a true love is, the magic of love.....

OTAK kata : Apa yang kau dapat???

HATI kata : Ketenangan dengan senyuman dan kebahagiaan dia.. Juz becoz this broken heart cant ever fixed, so i dont ever think about that.. Yang penting.. Hati dia tu yang pernah terluka, yang pernah kecewa dan sangat berdendam, boleh berubah menjadi bahagia.. Mungkin broken heart yang ni tak dapat sembuhkan hati dia, coz its already broke.. Mungkin nanti ada hati lain yang ikhlas mencintai dia, seperti mana yang aku cintakan dia..

OTAK kata : Bullshit.. U're liar!!

HATI kata.. Yeah.. Lie to myself.. But its worth to see his smile rite???? Memang aku harap aku yang akan sentiasa berada disisi dia.. Tapi, andai aku yang selalu membuat dia sedih, membuat dia kecewa, aku redha je... (TIPU...) Aku mencintai dia tanpa syarat... (its true...) Still i will make sure i realize all my word, i want to show to him that i'm not juz an ordinary girl with love to him, but i'm his 'powerpuff' girl with true and sincere love towards him... Andai nanti terbuka hati kamu, untuk terima aku even sebagai teman kamu, aku masih disini.. Disisi kamu..

So to u, My Pakcik Lollipop, KINDLY do happy for ur own self.. I'm dying.. Really want to see it..

Wednesday, April 25, 2012

Duhai Hati..

Kenapa duhai hati kau mengkhianati aku? Kenapa kau tak nak buang dia? Kenapa setiap kali mulut ini berkata aku kuat untuk tempuh semua ni, hati ini berkata "semua itu tipu"... Kenapa hati, kau goyah setiap kali terpandang dia.. Kenapa senang air mata ini mengalir untuk lelaki seperti dia.. Kenapa hati ini sakit lihat hilangnya senyum dia?

Kau si 'pemilik hati' ini.. Aku dah pergi dari hidup kau.. Kau patutnya happy.. Patutnya lapang dada.. Kenapa aku cuma nampak kau yang berserabut tu? Jalan ini yang kau pilih, kau buang aku dari hidup kamu, kau sepatutnya bangga berjaya 'membalas dendam' kau itu... - Kalau aku ada kekuatan untuk cakap dengan dia macam ni dan kalau aku ada kekuatan bersemuka dengan dia, pasti aku sudah lakukan...

Tapi mendengar nama dia cukup buat hati aku perit.. Buat air mata aku ini mengalir.. Aku benci dia!! (Hati aku kata aku tipu...) Ya!!! Memang aku tipu.. Kalau ini yang boleh bahagiakan dia.. Tolonglah sayang, senyumlah kembali.. Aku tak nak berkorban untuk sesuatu yang sia2.. Berbahagialah demi aku yang telah kau korbankan.. Senyum mu mampu membahagiakan aku...

Kepada sahabat2 aku.. Andai berlaku sesuatu  pada aku.. Tolong katakan pada dia.. Pada insan itu.. Yang aku amat mencintai dia.. Lebih dari yang dia sangka.. Britaw dia, tolong jaga diri baik2, dan teruskan impian untuk carik wanita yang baik2.. Jangan kecundang.. Sesungguhnya di mana jua aku, aku tetap mendoakan kebahagiaan kamu.. Andai sesuatu berlaku pada aku..

Sesungguhnya aku masih sangat mencintai dia....

Persoalan Demi Sebuah Kecelaruan..

Apa yang buat aku celaru otak plus haru biru sangat ni? Erm... Bukan itu soklan nya.. Kenapa aku tak reti2 nak tido lagi ni?? Hurm~~ Sengaja kot... Kenapa la blog ni sediakan chat untuk aku tengok berapa ramai pembaca blog aku tanpa tahu siapa mereka??

Hurm.. Yang lagi merungsingkan aku bila kita ade akaun social network seperti Facebook or Tagged, terlalu ramai yang nak add plus anta macam2 msg.. Dengan alasan apa? Nak ber'kawan'? Nak ber'kenal'an.. Jujur dan ikhlas kata nya.. Ramai yang menyalahgunakan konsep perkataan itu.. Kenapa aku kata macam tu? Gunakan otak, soal logik nya.. Betulkah anda jujur dan ikhlas mahu mengambil tahu tentang 'stranger' yang anda sendiri tak pasti 'existence' mereka ini???

Bukan aku tak nak delete plus saje menambah provokasi atas soalan2 seperti ini.. Aku kadang2 seronok tengok gelagat manusia dan berharap kita tak menjadi seperti itu... Supaya kita tak disumpah seranah oleh orang lain.. Yang jelas nya belum mampu ber'fikir' lagi...

Hurm.. To all my reader, what i hope is, when u read my entry, please help me to complete it.. Andai ada terkurang or terlebih sudah, komen anda amatla saya harapkan... Pengetahuan saya cume umpama setitik air di lautan.. Mungkin masih banyak lagi yang saya tak pasti or tahu.. Your love will complete me... And istilah 'LOVE" yang saya harapkan bukan atas dasar cintan cintun dan yang seangkatan dengan nya.. Tapi, sayang la saya seperti adik, or kakak anda. Saudari seagama anda...

Lengkapkan kekurangan saya.. Kerana fitrah hidup ini adalah untuk saling melengkapi antara 1 sama lain...

Kosong ke jiwa aku sekarang ni??? Agaknya la.. Semoga 'sakit' tanpa perasaan yang ada pada aku pada jangka masa 4 tahun ini tidak mengganggu aku lagi... Aku pasti dengan janji Nya...

"Ya Allah, kurniakanlah aku imam dari golongan yang bertakwa agar aku sentiasa berada dalam golongan yang benar dan jauh dari murka Mu" - AMIN -

cinta vs CINTA


Berterima kasihlah pada orang yang telah MELUKAI hatimu. .
kerana dia telah membuat hatimu kuat.
Berterima kasihlah pada orang yang telah MEMBOHONGImu. .
kerana dia membuat hidupmu makin bijaksana.
Berterima kasihlah pada orang yang telah MEMBENCImu. .
kerana dia yg mengasah ketegaranmu.
Dan berterima kasihlah pada orang yang telah MENYAYANGImu
kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu. ♥

"Erti hidup pada yang memberi.." - Kata2 yang aku petik dari Saifulislam.com, milik Ustaz Hasrizal.. Its make me think, how much i gave as i always ask for more... Sepertimana aku label dia sebagai 'someone that have nothing, but always demand for something', sedar tak sedar aku pun dari golongan itu...

Yes, finally i tot about it.. Tentang hikmah perkenalan dan perpisahan ini.. Baru aku sedar, dalam situasi aku - sangat2 mencintai dia, sering memaafkan dan mendengar setiap kata2 nya even hati ini terluka, memberi dia kasih sayang even dia tak rasa dan hargai - begitu la jugak situasi aku dengan DIA.. DIA mencintai aku walau aku mungkar, DIA memaafkan aku dan sentiasa memberikan nur Nya even aku ingkar, memberi segala keperluan aku malah kasih sayang padaku even aku tak reti menghargainya... Maka siapa lah aku sebagai hambaNya nak mengukur buruk baik lebih lagi memarahi hambaNya yang lain itu sedangkan aku sendiri begitu dengan PENCINTAku..

Cuma aku masih terfikir tentang soalan yang ditujukan oleh salah seorang colleague aku kat opis.. "do you really sure you can ignore him?" Hurm.. DIA tak pernah ignorekan aku, cuma aku yang ignore DIA.. Now, dia yang ini ignore aku, bagaimana cara aku untuk belajar ignore dia? Duhai hati, 'detox' kanlah dia dari hati ini..

Hal terakhir yang mampu aku beri pada dia adalah 1 sms sepanjang 5 muka surat.. Apa yang aku tulis, biarlah cuma aku dan dia yang tahu, tapi aku lega.. Lega dari beban hati ini... Cinta ini masih belum hilang.. Cuma CINTA ku pada ALLAH dah mengatasi cinta ku pada insan itu... Aku susah untuk mencintai seseorang, tapi aku selalu jatuh cinta pada orang yang salah... Ini semua pengajaran untuk hidup ku..

Satu persoalan lagi... Apa akan terjadi dengan blog ini tanpa cerita "Tentang Dia"? Tak mengapalah, dia takde, DIA masih ada... Supaya aku boleh belajar dengan ketidakbijaksanaan aku bila jatuh cinta... Untuk aku ambil iktibar tanpa membelakangkan DIA...

Thanx 'pemilik hati'ku untuk masa yang singkat ini... I'm happy..

Tuesday, April 24, 2012

Hinakah Aku Ini?

Tengahari tadi, sambil aku menunggu bas, aku isi kan masa aku dengan membaca buku Aku Terima Nikahnya.. FYI, its not only about marriage.. It also can guide us towards our life... Tapi, 1 perkara yang buat aku terfikir sejenak... Tentang cinta dan CINTA... cinta kecil yang hadir kerna keliru, perlukan kasih sayang n etc VS dengan CINTA SEBENAR...

Tahap mane kah cinta aku ni untuk insan bernama Mohd Nasir Bin Idris itu? Bergenang seketika air mata aku bila terkenang cinta aku yang dianggap tiada oleh dia.. Insan yang sangat aku sayangi... Tapi, hikmahnya aku tersadar, betapa aku kejam pada penciptaku... Dia yang sentiasa mencintai ku.. Memaafkan ku TANPA SYARAT... Mungkin ini cinta yang DIA 'hadiah'kan kepada ku setaraf dengan nilai cintaku padaNya... Seperti mana aku langsung tak menghargai Cinta yang DIA curahkan pada ku, sebegitu juga lah dia..

Now i got it... i got what i ask for... The risk.. Finally come..... Memang goyah hati ku ini.. Bukan mudah aku menipu hati ku sendiri... Memang besar dugaan ini.. Dugaan yang KAU beri pada hamba Mu ini yang tak pernah bersyukur... Kau hadirkan dia dalam hidupku, izinkan lah agak aku berteman dengan nya.. Untuk mengumpul kembali kekuatan aku ini untuk terus hidup... Sesungguhnya Kau pemilik dia dan Kau juga pemilik aku... Hati kecik ku yang tak memiliki ini memohon kurnia MU YA ALLAH...

Aku redha dengan semua ujian Mu.. Malah aku juga akan kembali kepada Mu.. Dalam redha Mu atau tidak.. Semua insan yang aku sayang dah pun Kau tarik dari hidup ku... Kekal kan lah apa yang ada.. Sesungguhnya Kau pemilik alam, yang hidup mahupun yang mati...

Kau tenangkan lah hatiKu dengan CintaMu.. Ya Allah.. Kau kurniakanlah aku imam dari golongan orang yang bertakwa agak aku sebagai makmumnya mampu mencari RedhaMu... Andai hambaMu itu bukan untuk ku, Kau kikislah perasaan ini agar tak menjadi zina bagi ku... Sesungguhnya Kau pemilih hati ku...

Kuat kan lah hati ku untuk tempuhi semua ini.....

Monday, April 23, 2012

ME = Mental + Emosional

Ahaks~~ Suka suki je kutuk diri sendiri.. Semalam da kutuk dia cukup la kan.... Sonok jugak bila life ni jadik mathematics formula... Macam2 boleh buat... Tapi 1 formula yg aku suka.. Agak2 ape???

ME + YOU = US 

At least hati aku lega sikt rini dapat cakap dengan Pakcik ni.. Risau beb tetibe disappear je kan... Takmo2.. Awak, kalau awak da tak mo n tak bole terima saya, cakaplah... Still ada word "friend" kan... 

Lambat nye progress aku nak kurus ni.. (Ye Ke???) Tapi ok la kalau seminggu boleh turun 2KG kan... Aku nak cepat lagi boleh tak?? Maybe kena start program jogging for every weekend pulak pas ni la...

Sabar ye Pakcik Lollipop.. Awak nak awek cantik, i'll give u one... Juz give me some time.. And try to love me... Saya buat semua yang boleh untuk jadik yang terbaik untuk awak... Please hold onto me.. I'll not make u disappoint.. Coz I L U...

Actually aku jadik curius gak sape la yang rajin sangat bace entry aku yang merepek meraban ni kan.. Aku post, ade je yang bace.. Sonok ke?? Hahahahaha... Gurau je... APTB... Pape pon, stay tune k... Doakan lah aku berjaya...

Sunday, April 22, 2012

Ku Pilih HatiMu - Ussy ft Andhika Pratama


Ku pilih hatimu tak ada ku ragu
Mencintamu adalah hal yang terindah
Dalam hidupku oh sayang
Kau detak jantung hatiku

Setiap nafasku hembuskan namamu
Sumpah mati hati ingin memilihmu
Dalam hidupku oh sayang
Kau segalanya untukku



Janganlah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti di saat ragaku
Sudah tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir



Setiap nafasku (setiap nafasku)
Hembuskan namamu (hembuskan namamu)
Sumpah mati (sumpah mati)
Hati ingin memilihmu (ku milikmu)
Dalam hidupku oh sayang
Kau segalanya untukku ooh



Janganlah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti di saat ragaku
Sudah tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir



Oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
Sampai nanti di saat nafasku
Sudah tidak berhembus lagi
Karena sungguh cinta ini cinta sampai mati



Tolonglah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti aku tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir



Oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
Sampai nanti di saat nafasku
Sudah tidak berhembus lagi
Karena sungguh cinta ini cinta sampai mati
Cinta sampai mati


HE = Heartless + Ego

Dua malam je tak dapat cakap dengan dia.. Buat aku rasa macam dua tahun.. This must be so-called LOVE SICK...


Sume Pakcik Lollipop punya pasal... Hurm... Kalau esok awak tak call saya, siap awak... Malam tadi da la aku mimpi dia 'hilang' dari hidup aku.. Totally dissappear.. Totally lost contact.. Its make me insane for whole day.. Plus he also never pickup my call from yesterday... Nak tercabut da jantung ni.. Tuhan je tau sakit nya..


Tapi, cinta yang ini menyedihkan... Ya Allah, haruskah aku teruskan? Or mimpi itu alamat aku yang kena 'pergi'?? Air mata ini segera mengalir bila hati ini terasa bagai dicarik....


Apa kesudahan nya nanti wahai Hati? Cukup kuatkan kau nanti bila dia pergi??? NO!!! I'll try my hardest to win his heart... Aku mungkin tak sempurna, tapi sedarlah, hari demi hari aku akan berubah ke tahap yang melebihi layak untuk kau.. Mampu kah kau jadik yang layak untuk aku nanti?? Sesungguhnya aku terlanjur mencintai kamu, walau kamu tak endah...


Da la.. nak tidur, esok ade kelas... Mish my Pakcik Lollipop.. Wat kerja elok2 ya... I L U


Cinta Selalu..

Ku akan menjagamu
Di bangun dan tidurmu
Di semua mimpi dan nyatamu


Ku akan menjagamu
Tuk hidup dan matiku
Tak ingin, tak ingin kau rapuh





Sangat rindu kat dia.. Tapi apa yang aku mampu buat, selain mencintai dia, kuatkan hati aku untuk terus mencintai dia.. Setiap ujian yang dia dan DIA berikan buat aku rapuh.. Tapi aku berjanji dengan diri ku.. Untuk terus bahagiakan dia.. 


Aku tak mampu lihat dia terluka lagi.. Biarlah aku yang terkorban sekalipon... Yang penting hati dia tak sakit lagi... Yang penting dia bahagia...


Hurm.. Apa xtvt  terbaru aku yang buat aku sangat sibuk sekarang ni ek???


First aku kena turunkan berat badan kan.. So now i'm doing this so-called carbohydrate diet... No rice at all... Orait.. Mula2 agak payah nak pikir.. Macam2 soklan aku hentam ayah dan mama yang selalu bagi aku dorongan untuk kurus... Tak lapa ke nanti?? tak gastrik ke nanti?? betul2 boleh kurus ker??? serius ke?? Sampai ayah aku kate - Hawa(adik bradik aku semua start nama siti, so family akan panggil nama kedua la kan...) , kalau Hawa kurus, ayah bagi tempoh sampai raya je, nanti ayah bagi hadiah, Ayah cabar ni.... Orait!! SO now i'm taking this challenge - From Pakcik Lollipop dan Ayah 


Second, aku kena start balik pengajian aku yang aku boleh slamber dek wat tak taw tu kan.. So, dengan formal nye aku wat surat kt UMCCed untuk sambung - Dorang pon reply dengan surat cinta (warning latter). Padan muke aku.... So esok aku da start kelas baru... Horayyyyyyyy!!!!!!! (dalam hati malas nyeeeee)


Third, oleh kerana aku tak larat nak menambah bahasa aku dalam memori otak aku, plus memori lama yang da corrupted, So aku belajar tentang agama lah kan.. (persiapan untuk mendidik anak2 dan menjadi kan aku muslimah- bukan dalam ic je). 2 buku ni aku tengah study... 

Yang 1 ni da lame aku beli, for my 20th birthday... Hadiah Buat Muslimah - Panduan Asas Fiqah Wanita by Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dan Ida Ezyani Othman.



Yang no 2 ni aku baru je dapat beli 19th April 2012 - Mase jengjalan tenangkan otak lepas dapat penampo free... Aku da lame nak beli buku ni, tapi macam2 halangan ( stock abis, duit abis, dll.... ). So bila aku nampak ritu aku pon terus grab je la kan... Edisi Istimewa Aku Terima Nikahnya by Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.


Panjang lebar nye aku update kali ni... Now aku tengah tunggu Pakcik Lollipop kol.. Tapi mane ntah dia... Awak kalau awak tak nak kol, beritaw je la... Tak payah tipu.... Kadang2 letih memaafkan... Awak nak saya letih mencintai awak ke? Britaw la kalau itu yang awak nak... But still, i'll stay with my heart..

I L U..

Tuesday, April 17, 2012

Please Hold Me...

I L U so much, but i'm really tired.. Please hold me dear.. Coz I'm tired but will never give up..

Sunday, April 15, 2012

Mission ON!!!

Puas aku fikir tentang aku dan dia.. Bergelen2 jugak la air mata aku yang keluar kerana dia.. Dan aku amek keputusan untuk tak sia2 kan cinta ini... Aku taw aku mampu...

So, dengan gila nya aku tanya apa yang aku kena buat untuk lawan ex dia tu.. Supaya aku lebih hebat dari ex  dia dan dia boleh 100% sayang aku jerk...

1st thing pon aku da taw awal2 lagi, ex dia cantik, mesti dia nak carik yang lagi cantik.. So, antara mission nye:

1. Kena jadi cantik dan of coz kurus la kan...
2. Kena habis kan PHD sesame (means kena teruskan pembelajaran aku la kan...)
3. Kena pandai cakap bahasa arab...............??????????????!!!!!!!!!!!!!!! (xpe, makcik2 pakcik aku kan ada, xpayah la aku yang belajar.....)

To my Pakcik Lollipop, i want to know that i really love u... This what others called as love... Cinta tak kan buat awak sedih.. Saya tak kan buat awak sedih.. Saya sayangkan awak ok.... Saya tak kan putus asa selagi awak menyokong saya k..

Mohd nasir Bin Idris - I L U

Friday, April 13, 2012

Semua Isi Hati KU...

Now U listen to ME................ I love u... really love u!! But now, i'm willing that i dont eva have this kinda feeling.... I hate him.. I hate it.. I hate me.. I hate my love to him......... (marah je nak speaking2 London kan...)

Tuhan, cukup2 lah ujian kau untuk aku... Maafkan semua khilafku pada MU... Tapi jangan kau seksa hati ku dengan cinta yang begini... Hanya Kau yang tau sedalam mana cinta aku pada dia... Dan hanya Kau yang tau perasaan dia pada aku...

Andai aku bukan tercipta dari tulang rusuk dia, kau kikislah cinta yang terhinggap di hati aku ini... Kau berikan lah cinta ini pada wanita yang selayak nya agak dia tak terluka.... Agar wanita itu mampu mencintai dia sebagaimana aku mencintai dia...

Aku dah letih dan lelah menjadi sampah dalam hidup dia... Tanpa cinta dia, apa tujuan aku terus bersama dia... Tanpa kasih untuk ku di hati nya, kenapa kau tetapkan kasih untuk nya di hati aku....

Tapi apa yang ada kini di isi hati ku... Satu2 nye tempat yang aku tak mampu nak tipu... Dia selalu seksa hati ku, buat aku sakit dan sedih... Tapi hati  ini, tetap sayang pada dia... Setiap zarah kekurangan dia telah hati ku lupakan... Setiap salah dia pada aku telah hati ku maaf kan... Setiap hari rindu, sayang da cinta bertambah... Setiap kali aku lihat sinar di wajah nya or pandangan mata nya, hati aku berdegup pantas...

Wahai Tuhan ku... Lembutkan la hati nya untuk menerima aku or keraskan lah hati aku ini untuk cinta dia.... Aku tipu hati ini, diri ini dan semua orang yang aku mampu bertahan nanti andai dia pergi dari aku, tapi.... Aku rasa hati ku macam disiat2 bila aku cuma terfikir tentang itu.. Apa lagi yang akan berlaku bila nanti perkara itu terjadi...

Andai nanti aku tiada didunia ini untuk meluahkannya, cukup kamu tahu aku sayang kamu sepenuh hatiku..... Jadi kan ini pengajaran hidup mu untuk menyayangi insan yangg menyayangi mu.. Bukan hidup dalam kebencian dan bayang2 kisah silam mu.... Sungguh, cinta kamu, membunuh hati ku....

Thursday, April 12, 2012

Cinta Itu Nyawa - Sarah & Syuib


Masihkah aku yang bertamu
Ke sudut rindu di hatimu
Telahkah lesu langsung pudar
Bila di mata jauh

Bagaimanaku mampu tenang
Sedang kau kubiarkan pergi
Walau hati tak pernah rela
Bibirku tak berpuja

Ada detik-detik dalam hayatku sesali
Inginku ulangi waktu ubah masa lalu
Ku sedari cinta perlu ketabahan dan keberanian
Kerana cinta itu nyawa

Ku benar punyai segalanya
Kau pernah ada di sisiku
Sepantas petir ku ajari
Kau tak lagi kupunya

Ada detik-detik dalam hayatku sesali
Inginku ulangi waktu ubah masa lalu
Ku sedari cinta perlu ketabahan dan keberanian
Kerana cinta itu nyawa

Dalam laman angan 
Sering aku lawatimu
Ku meminta ku memujuk 
Kau pulang kembali ke sisi

Ada detik-detik dalam hayatku sesali
Inginku ulangi waktu ubah masa lalu
Ku sedari cinta perlu ketabahan dan keberanian
Kerana cinta itu nyawa..

Monday, April 9, 2012

Cinta Langit dan Bumi...

Cinta aku dan dia ibarat langit dan bumi... dia sangat jauh kat atas sana dengan ketenangan dia... Dan aku di sini cume mampu melihat dia.. Cume kadang2 ketenangan itu bertukar menjadi kekusutan, or ketegangan... Dan bumi ini akan terkesan dengan setiap perubahan yang terjadi di langit.. Tapi langit itu tak pernah akan terkesan dengan setiap kesakitan yang terasa oleh bumi ini...


Tapi dengan setiap harapan dia untuk suri hati dia, aku tak rasa 1 pon yang aku layak untuk dia... Makne nye aku langsung TAK layak untuk dia... Mampu ke agak nye bumi ni dan langit tu bersatu?? Aku rasa...hanya Tuhan yang ada jawapan nya... Pada aku ni, sekarang ni, percentage untuk aku ada dihati dia cume 0.00001% saje.. Ntah la...... Ya Allah, Kau kuat kan hati aku ini... Kau beri lah aku pertunjuk mu.. Aku insan Mu yang banyak khilaf.. Jika ini ujian yang kau beri pada ku agar aku sedar semua khilaf ku, aku redha Ya Allah.. Dia dan aku tak mungkin akan bersama kecuali dengan KehendakMu...

Saturday, April 7, 2012

Mornink Saturday!! =)

Di awal pagi Sabtu ni aku saje buang tebiat bangun awal2 gila untuk basuh baju (what???????)... Ehe~~~ Ni semua sebab aku susah nak tido bila aku teringat tentang aku yang berani mati untuk buat confession kat dia... Sampai termimpi2...

So ape result nye???? Aha~~ Biar aku, dia n Tuhan je taw... Nantilah, belum mase untuk aku cerita... And i also dont know either it is epilog or prolog for my (our???) story... Ahahaha

Apa pon, thanks God for make it easy, at least his reaction not as worse as i tot... hahaha...

Da la, merepek aje memang tak pi koje la aku ni kannnnn... Bubbye olz... Stay tuned......

Friday, April 6, 2012

C.O.N.F.E.S.S.I.O.N

Hari2 aku serabut kan hidup aku fikir tentang dia.. Dia n dia aje... Sampai hidup aku da jadik serabut plus kelam kabut kan...Bila fikir2, kadang2 aku rasa yang perasaan ini tak perlu ada... Its make me very immature..

Aku rasa macam dah sampai masa untuk aku buat confession kat dia... Aku rasa aku da cukup kuat... Kalau dia terima, Alhamdulillah.. Kalau tak, mungkin dia bukan untuk aku.. Kita jadik TTM je la kot...


Even i really love him, but i think i need really love me 1st... So rite now, if he cant love me as i love him, i cant do anything about his heart... I will still try but i know 1 day i will feel very exhaust..Hurm............. Still i love u... Sometimes i hope u also....

Tapi ini tetapp 1 ujian untuk aku dan hati aku... Duhai hati, janganlah kau lelah kerana ujian yang begini....

Still Waiting.....

5th April 2012 - 11:55pm

Now aku masih kat opis lagi menghitung waktu nak balik sambil tunggu runner RHB yang rase nye macam nak kena penyepak dengan aku ni... Ni try kol my Pakcik Lollipop.. Tadi da dapat cakap dengan dia tapi dia kate nanti, dia amek phone digi dulu.. La ni ntah la kat mane dia...

Aku tak seronok la sekarang bila borak dengan dia, dia nak tak nak je borak dengan aku.. Hurm... Tension.... Boleh tak kate macam ni... Boleh tak Nas pretend macam tak tau macam yang Nas slalu buat. Or i'll do something to make u mine.... Hermmmmm..

Aku benci aku yang sayangkan dia.....

Thursday, April 5, 2012

He is.................

He is...
The person in my mind..
The person in my heart..
The person in my life..
The person in my dream..
The person in my talk..
The person in my song..
The person in my day..
The person in my night..
The person that make me smile..
The person that make me cry..
The person that make me happy..
The person that make me feel like dying..
The person that make me worthless..
The person that make me useless..
The person that i want to be with all my time..
The person that i want in my future..
The person that i want in my life...
The person that i always want to make him smile...
The person that i always want to make him happy..
The person that i willing to sacrifice my happiness..
The person that i willing to sacrifice my time..
The person that i willing to sacrifice my heart..
The person that i willing to sacrifice my life..
The person that means everything to me..
The one and only person i loved...

He is...
Mohd Nasir Bin Idris..

He is..
My Pakcik Lollipop...

I love him so much even i know its not possible to him......

Wednesday, April 4, 2012

Demi Kamu...

Untuk kamu my Pakcik Lollipop, i'm willing to sacrifice myself. Supaya kamu sentiasa tenang dan bahagia... Jika ini harga nya.. Aku redha..


Tapi sayang, Kalau kamu perlukan gurl untuk balas dendam di hati kamu itu, or supaya kamu rasa lega dan menerima yang lain, juz jadik kan lah aku orang nya.. Demi kamu.. Demi melihat kamu bahagia.. Aku rela...

Andai satu hari nanti kau dah berjumpa insan lebih baik yang dapat bertakhta dihati kamu, lupakan semua dendam itu, tapi jangan kau lupakan aku.. Tapi jika tiba waktu itu, aku juga akan redha dan pergi, mencarik insan yang sudi menerima cintaku yang tak seberapa ini..

Tapi untuk waktu ini, izin kan aku terus bersama kamu, mengukir senyum di bibir mu dan membalut luka di hati mu.. Sesungguhnya aku sangat cintakan kamu.. Walau aku tak mampu menjadi sesempurna insan yang kau harap kan, tapi percaya la cinta ku ini hanya untuk kamu...


Aku akan terus mencintai kamu sampai aku lelah.. My Pakcik Lollipop, aku sentiasa menunggu kamu disini.. Tapi andai nanti aku pergi, semua hanya demi cinta aku untuk kamu...

Aku.. Insan yang tak punya sebab untuk mencintai kamu... Aku juga.. Insan yang tak mampu mencari sebab untuk membenci kamu... Sekejam mana kamu terhadap cinta ku... Aku tetap sayang kamu... Sekuat mana aku cuba mengeraskan hati ku untuk kamu, hanya dengan bertentangan mata dengan mu membuat hati ku cair..
For Mohd Nasir Bin Idris, Ct akan tetap mencuba, tanpa putus asa.. Andai dah tertulis usaha ct ini sia2, Ct redha.. Tapi andai Nas dapat rasa apa yang Ct rasa, Ct berjanji, diatas nyawa Ct yang Ct akan setia pada Nas seorang dan cinta ini jugak milik kamu...

Only for You my Love - Mohd Nasir Bin Idris

Tuesday, April 3, 2012

Its Begin...

Finally today i speak out most of the thing in my heart.. Aku cume tak cakap pasal perasaan aku sebab dia memang da tau... Tuhan ini kah ujian kau yang seterusnya untuk aku? Aku da separuh jalan dan aku tak kan mengalah...

Mula2 mase gayut aku bukak lagu I Love You by Najwa Latif supaya dia jelas... Ini liriknya:

Lirik I Love You- Najwa Latif


Mungkin kita pernah rasa tentang cinta,
Yang takdirnya bukan untuk kita
Mungkin ini adalah cara meluah cinta,
Tanpa berkata atau berpandang mata,


I’m sorry but i love you,
I’m sorry if i miss you,
Even if i can’t have you ,
You know i’ll always be there for you,


Mungkin aku mencintaimu walaupun engkau tak pernah tahu,
Mungkin aku mencintaimu tanpa lelah atau pun jemu,


Mungkin kita tak bersama di takdirkan,
Tak mengapa asal kau bahagia


Biar aku mencintaimu biar tiada siapa yang tahu,
Biar aku mencintaimu dalam diam ataupun bisu,

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2011/08/lirik-i-love-you-najwa-latif.html#ixzz1quYOofT6



Dia tak suka risiko, tapi dia suka cipta masalah sendiri... Aku sayang sangat kat dia, tapi itu dia tak nampak.. Yang dia tau hati dia yang telah dilukakan oleh wanita itu...


Dia pon jelas dengan perasaan aku.. Dia cume ckp, aku kan sukakan risiko, so selamat mencuba... Jangan risau sayang, i'll try will all my might to go inside ur heart..


actually aku bukan tak kesah terluka lagi, but ini risiko mencintai kamu.. Aku harus terima...


Tapi andai nanti hati mu tetap tertutop untuk ku,  i'll try to survive... Its juz becoz i love u so much...


So, untuk awak, Mohd Nasir Bin Idris, saya akan terus berdoa dan berusaha untuk membuka hati awak... So believe in me and stay tuned....

Monday, April 2, 2012

Jika itu yang kamu mahu...

2 hari yang sangat2 menyakitkan aku.. Even aku tak suka dan tak mahu, kenapa la air mata aku ni senang sangat jatuh untuk dia.. Untuk insan yang tak pernah inginkan aku di hidup mereka... Kenapa aku selalu cinta kan insan yang salah.. Kenapa aku cinta kan dia.. Kenapa.............................

But i realize now, i never important to u.. Awak tak pernah anggap saya sebahagian dari hidup awak, macam mana mungkin saya mungkin jadik sebahagian dari hati awak.. diri awak??? Macam mana pon saya sayang kat awak, macam mana pon saya berusaha untuk masuk ke hati awak, saya sedar sekarang yang saya tak pernah dapat memiliki hati awak.. But its too late to regret.. Too late for me to give up...

But my Pakcik Lollipop, kita semua tahu cinta tak perlu memiliki.. dan cinta jugak perlukan pengorbanan... Aku rela aku yang terkorban di medan  cinta ini... Sayang.. Kalau dengan menjadik kawan awak saya boleh berada dengan awak selama2 nya dan membahagiakan awak, saya rela 'melupakan' perasaan saya ini untuk awak... yang saya mahu cuma melihat kebahagiaan awak dan senyuman awak.. itu saja...

Cinta.. I love u enof 2 let u go...

Labels