About Me

My photo
Happiness DreamCity, Malaysia
Live ur life.. Not for others, but for ur own-precious-self..

Sunday, August 8, 2010

Umpamanya Cinta

Add caption
Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit, oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu. Dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup. Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, Setelah ia mula menyayangimu, hendaklah kamu menjaga hatinya.. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja, Kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu, Dan mungkin tidak akan melupakan segalanya..Selagi dia mengingatimu.. Jika kamu menadah air biarlah berpada, Jangan terlalu mengharap pada takungannya, Dan janganlah mengaggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu, Apabila sekali ia retak, Tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.. Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba membaikinya, Mungkin ia masih boleh digunakan lagi, Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, Terimalah seadanya...

No comments:

Post a Comment

Labels