About Me

My photo
Happiness DreamCity, Malaysia
Live ur life.. Not for others, but for ur own-precious-self..

Sunday, August 8, 2010

Untuk Renungan..

Alihkan matamu ke laut...airnya cantik membiru penuh ketenangan,tetapi hanya Allah sahaja yang tahu rahsia di dalamnya...Begitulah dengan kehidupan manusia,riang ketawa tetapi hanya Allah sahaja yang tahu rahsia kehidupan...Jika kau kecewa pandanglah ke sungai, airnya mengalir biarpun berjuta batu menghalang...Jika kau sedih, pandanglah ke langit,kau akan sedar bahawa ALLAH SENTIASA BERSAMAMU...=)

Umpamanya Cinta

Add caption
Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit, oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu. Dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup. Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, Setelah ia mula menyayangimu, hendaklah kamu menjaga hatinya.. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja, Kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu, Dan mungkin tidak akan melupakan segalanya..Selagi dia mengingatimu.. Jika kamu menadah air biarlah berpada, Jangan terlalu mengharap pada takungannya, Dan janganlah mengaggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu, Apabila sekali ia retak, Tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.. Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba membaikinya, Mungkin ia masih boleh digunakan lagi, Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, Terimalah seadanya...

Saturday, August 7, 2010

Doaku Untuk Cinta & DIA...

Allah Yang Maha Pemurah, Terima Kasih…
Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan aku dengannya.
Terima kasih untuk saat-saat indah yang telah kami nikmati bersama
Terima kasih setiap pertemuan yang telah kami lalui bersama
Terima kasih setiap saat-saat yang lalu. Aku datang bersujud pada-Mu,
Sucikan hatiku ya Allah,
agar dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku.
Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya…
janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya.
Kikislah pesonanya dari setiap pelusuk mataku,
dan usirlah dia dari relung hatiku
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini,
dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Bantulah aku agar dapat mengasihinya hanya sebagai seorang sahabat.
Tetapi jika Engkau ciptakan dia untukku, ya Allah,
satukan hati kami…
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya
Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana aku yang telah Engkau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh mencintai dan rela berkongsi suka dan dukaku dengannya.
Ya Allah Maha Pengasih,
dengarkanlah doaku ini…
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu.
Allah Yang Maha Kekal,
aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku,
luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.
Semuanya ini mengajar aku untuk hidup lebih dekat dengan-Mu,
untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju jalan terang-Mu.
bimbinglah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.
Jadikanlah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang terjadi dalam setiap hidupku, Ya Allah.

Labels